~ ☻Journey Of Life☻ ~

Friday, April 9, 2010



Ketika berjauhan,
Masihku rasa hangat kasihmu ayah..
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku..

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan..

Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian..

Ketika ku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian..
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan..

Terpancar kebanggaan,
Dalam senyummu..
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa..

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati..

EVON SAYANG BABA SELAMA-LAMANYA...MWAHHHHHHHHHHHH!!!

Thursday, April 8, 2010

SUATU PENERBANGAN


Bila kita akan berangkat,
Dari alam ini(dunia) iannya
ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu
KUBUR & AKHIRAT

Dimana Maklumat tentangnya,
Tidak terdapat dalam sebarang Brosur Penerbangan,
Tetapi..melalui,
AL QURAN & AL HADITH

Dimana bekalan kita bukan lagi,
Beg seberat 23 kg,tetapi..
Amalan yang tiada caj lebihan berat ianya atas
KESUDIAN PENCIPTA KITA

Dimana bajunya bukan Pierre Cardin,
Dunhill @ setaraf dengannya,tetapi..
KAIN PUTIH COTTON

Dimana pewanginya,
Bukan Channel atau Polo,tetapi..
AIR MAWAR & CENDANA

Dimana visa kita bukan lagi
Sekadar 6 bulan,tetapi..
`LAILAHAILLALLAH`

Dimana layanan didalamnya,
bukan lagi kelas Business @ Ekonomi,
Tetapi sekadar,
KAIN YANG DIWANGIKAN

Dimana destinasi mendarat,
Bukannya KLIA,Heatrow Aiport @ LCCT,
Tetapi..
TANAH PERKUBURAN

Dimana ruang menunggunya,
Bukan lagi bilik air-cond&Red carpet,
Tetapi..
BILIK 6 KAKI DALAM GELAP GELITA

Dimana pegawai imigresen,
Bukanlah pihak kastam,tetapi..
Adalah MUNKAR&NAKIR!!
Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi,
Bukan di disneyland,Paris@london tetapi..
samada..
SYURGA @ NERAKA!!

Dimana tidak perlu pegawai kastam & Alat pengesan,
Dimana lapangan terbang transit adalah..
AL-BARZAKH,
Dimana destinasi terakhir samada syurga yang mengalir sungai dibawahnya @
Neraka Jahanam..

Penerbangan ini tiada dinyatakan nilainya..
IANYA PERCUMA!!,
Jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan..

Penerbangan ini tidak akan dirampas,
Oleh itu tidak perlu bimbang,
Sebarang sajian tidak akan disediakan,
Oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi,
atau halal-haram makanan..


Jangan risaukan `delay`,
Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya,
ia Berangkat & Tiba Tepat Pada Masanya..

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,
Anda telah hilang selera BERSUKA-RIA..

Jangan bimbang tentang tempahan..
Ianya telah siap ditempah sejak
anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi..


YA!!!!! BERITA BAIK...!!!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk disebelah anda,
Anda adalah satu-satunya penumpang
penerbangan ini,
Oleh itu bergembiralah selagi Boleh!!
Dan sekiranya Boleh!!


HANYA INGATTTTTT!!!!!!!!

Penerbangan ini datang tanpa Amaran,
Cuma perlu ingat!!!
Nama anda telah ditempah
untuk penerbangan ini..

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI???

Thursday, March 25, 2010


MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI DI DALAM HIDUPNYA??
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Saturday, March 6, 2010


Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua..
Tapi berakhir luka,
Benar ku mencintaimu,
Tapi tak begini,
Kau khianati hati ini..
Kau curangi aku,
Kau bilang tak pernah bahagia,
Selama dengan aku,
Itu ucap bibirmu,
Kau dustakan semua,
Yang kita bina,
Kau hancurkan semua...

Aku tahu Hatimu perit menanggung semua ini..dalam diam hatimu merintih kesedihan..jelas di wajah mu tiada airmata kau titiskan..tp hatimu meraung menangisi segala apa yg terjadi dalam perjalanan hidupmu..tahu kau menyayanginya tp tidak menyangka pengakhirannya melukai jiwamu..
Syg..andainya kebahagiaan yang kau inginkan aku mampu membagagiakan dirimu..tp kiranya kebahgiaan yg pernah kau miliki tidak sama seperti bersamaku..dapatkan la semula kebahagiaan yang pernah kau miliki..
Aku sedar & Aku Redha..Andainya cinta yg pernah bertakhta dihati ini pergi utk mendapatkan cinta lama nya semula aku rela...biarla semua ini menjadi kenangan terindah yang pernah aku miliki dan biarla ia berlalu bersama masa yang makin menginjak usia ku..hentikan penderitaan mu..bahagiakan la hari2mu..usaha tangisi lagi segalanya.. :')~...

Sunday, January 31, 2010

Al-Fatihah...31.01.2010(Ahad)

Al-Fatihah Buat Datuk Kesayaangan ku Arwah Matali Ibrahim,Di Tanjung Batu Darat,Tawau Sabah yang telah pergi buat selama-lamanya..sangat² terkejut apabila menerima perkhabaran ni..rasa terkilan ada juga sebab antara cucu² yang lain aku yang paling lama x jumpa semuanya disebabkan tiada kesempatan..mungkin suda takdir ketentuan Allah S.w.t menjemput datuk ke rahmatullah..aku redha dengan pemergian datuk kerana ini adalah titik noktah kepada kesengsaraan datuk berjuang melawan penyakit yang selama ini dihidapi..sebagai cucu aku bangga kerana datuk mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan..terbayang wajah datuk di mata hati ku mula merasa hiba..segala kenangan bersama datuk akan diabadikan buat selama-lamanya..rasa sedih sgt² sehingga airmata tidak mampu tertahan lagi..semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman..doa ku sentiasa mengiringi pemergian arwah datuk kesayaangan ku..amin..

Durianz Time.. :)~..


Ni pic on 30.01.2010 (Sabtu)..malam ni mula2 lepak di warung pandan jaya..dekat ja ngan rumah..berjanji da ni ma rakan2 effa,pert,sapek,buncheat etc mo lepak2..mmg planning mo makan durian tp lambat da turun p pasar malam time tu durian yg ada pn harga nya buat aku x berkenan..last2 suh c buncheat ma hencek sapek p cari hanya dgn rm50.00 byk gila durian drg beli..then di sebabkan faktor2 x mo org lain mengintu durian tu mesti di kenduri di rumah..bukan kedekut tp memandangkan semua ni pun hantu durian ada nnt x kecukupan..hehehehehe..
uishhhh..mmg kenyang gila2 makan durian malam tu..tp lepas tu nah payah mo tdo..PANAS..lalalalalaaaa..lama da x bkumpul2 mcm ni makan durian..sekali sekala mcm ni best pla..sbb mcm2 ceta,perangai durang buat..huhuuu..Pas ni mo bawa makan2 lg tp x tau pa menu seterusnya lg..hahahaha..Ok cHeers~..

Saturday, January 30, 2010

Tips Untuk MengHadapi Temu Duga..


Utk Rakan² di Luar sana yg masih belum mendapat peluang perkerjaan boleh tgk tips2 nie..mungkin sebelum ni dah berkali2 p interbiu tp masih sama juga jawapan yg di terima agak mengecewakan..& pada 1 tahap terfikir "Kenapa la Susah sgt mo dapat keja,Belajar tinggi² pn x guna"..mungkin kita x sedar kesilapan,kelemahan kita sewaktu ditemuduga..so here some tips to share manatau tips2 boleh membantu anda sekalian.. Start Read it.. :)~..

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

*Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
*Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
*Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
*Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
*Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
*Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.
KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
*Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
*Jawab dengan jelas dan lantang
*Kikiskan sifat ego anda
*Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba *menggunakan jawapan anda untuk membidas
*Banyakkan senyuman :)~..
*Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
*Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang..peace!!

TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
*Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
*Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
*Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
*Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
*Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
*Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
*Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
*Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
*Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
*Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
*Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
*Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
*Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
*Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
*Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
*Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
*Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
*Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
*Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
*Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
*Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
*Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
*Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
*Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Ok Kawan2 sekalian..dah dapat Tips2 ni Aplikasikan sewaktu Ditemuduga Nnt..Doa saya kepada Anda sekalian mengiringi perjalanan Hidup anda..Semoga Berjaya..Jgn Lupa Kongsi dengan rakan2 lain..insyallah perkerjaan yg berjaya diperolehi akan lebih diberkati.. :)~..