~ ☻Journey Of Life☻ ~

Sunday, January 31, 2010

Al-Fatihah...31.01.2010(Ahad)

Al-Fatihah Buat Datuk Kesayaangan ku Arwah Matali Ibrahim,Di Tanjung Batu Darat,Tawau Sabah yang telah pergi buat selama-lamanya..sangat² terkejut apabila menerima perkhabaran ni..rasa terkilan ada juga sebab antara cucu² yang lain aku yang paling lama x jumpa semuanya disebabkan tiada kesempatan..mungkin suda takdir ketentuan Allah S.w.t menjemput datuk ke rahmatullah..aku redha dengan pemergian datuk kerana ini adalah titik noktah kepada kesengsaraan datuk berjuang melawan penyakit yang selama ini dihidapi..sebagai cucu aku bangga kerana datuk mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan..terbayang wajah datuk di mata hati ku mula merasa hiba..segala kenangan bersama datuk akan diabadikan buat selama-lamanya..rasa sedih sgt² sehingga airmata tidak mampu tertahan lagi..semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman..doa ku sentiasa mengiringi pemergian arwah datuk kesayaangan ku..amin..

Durianz Time.. :)~..


Ni pic on 30.01.2010 (Sabtu)..malam ni mula2 lepak di warung pandan jaya..dekat ja ngan rumah..berjanji da ni ma rakan2 effa,pert,sapek,buncheat etc mo lepak2..mmg planning mo makan durian tp lambat da turun p pasar malam time tu durian yg ada pn harga nya buat aku x berkenan..last2 suh c buncheat ma hencek sapek p cari hanya dgn rm50.00 byk gila durian drg beli..then di sebabkan faktor2 x mo org lain mengintu durian tu mesti di kenduri di rumah..bukan kedekut tp memandangkan semua ni pun hantu durian ada nnt x kecukupan..hehehehehe..
uishhhh..mmg kenyang gila2 makan durian malam tu..tp lepas tu nah payah mo tdo..PANAS..lalalalalaaaa..lama da x bkumpul2 mcm ni makan durian..sekali sekala mcm ni best pla..sbb mcm2 ceta,perangai durang buat..huhuuu..Pas ni mo bawa makan2 lg tp x tau pa menu seterusnya lg..hahahaha..Ok cHeers~..

Saturday, January 30, 2010

Tips Untuk MengHadapi Temu Duga..


Utk Rakan² di Luar sana yg masih belum mendapat peluang perkerjaan boleh tgk tips2 nie..mungkin sebelum ni dah berkali2 p interbiu tp masih sama juga jawapan yg di terima agak mengecewakan..& pada 1 tahap terfikir "Kenapa la Susah sgt mo dapat keja,Belajar tinggi² pn x guna"..mungkin kita x sedar kesilapan,kelemahan kita sewaktu ditemuduga..so here some tips to share manatau tips2 boleh membantu anda sekalian.. Start Read it.. :)~..

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

*Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
*Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
*Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
*Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
*Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
*Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.
KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
*Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
*Jawab dengan jelas dan lantang
*Kikiskan sifat ego anda
*Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba *menggunakan jawapan anda untuk membidas
*Banyakkan senyuman :)~..
*Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
*Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang..peace!!

TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
*Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
*Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
*Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
*Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
*Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
*Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
*Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
*Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
*Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
*Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
*Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
*Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
*Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
*Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
*Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
*Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
*Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
*Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
*Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
*Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
*Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
*Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
*Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
*Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Ok Kawan2 sekalian..dah dapat Tips2 ni Aplikasikan sewaktu Ditemuduga Nnt..Doa saya kepada Anda sekalian mengiringi perjalanan Hidup anda..Semoga Berjaya..Jgn Lupa Kongsi dengan rakan2 lain..insyallah perkerjaan yg berjaya diperolehi akan lebih diberkati.. :)~..

Help Is Owez Needed.. :p~..


Ni pic ngn kak mala..best dapat kawan ngan kak mala nie..lebih2 lagi husband nya la untung sbb kak mala is the best cooker..yeah!!.. kek kegemaran ku kek coklat lama sda aku kempunan x makan..dulu time aku tinggal sama2 ari2 kenyang makan kek..mcm2 makanan lazat2..before this aku bukan la pengemar makanan tp masakan kak mala nie sama mcm my mum punya masakan...nyaman!!terjadi la kejadian kenaikan berat badan..arghhh..
di sini aku mo say thanx dgn kak mala n husband sebab spjg tinggal bersama dorang aku di jaga dgn baik while aku sakit ka apa ka dorang owez ada bersama..sharing story ngn kak mala jgn ckp la..both of us a good listener..hehe..apapapun aku da anggap kak mala mcm kakak sendiri..hehehe..Aku mohon maaf utk segala salah silap or apa ja spjg tinggal bersama akak..anything kak mala can roger aku..owez oncall nie for u..hahaha..

~LigHt Of My Heart~



Pic Ni Capture time mo Balik kk..Happy sbb Masing2 mO p Jumpa Family.. :)~.. 22.04.2009 Date Dimana Kami Mula menseriuskan Hubungan As A Couple..hehehhe..Thanx gOd..Finally I Found SomeOne wHo dO really Drive Me Crazy :)~..Walaupun Spjg phubungan nie mcm2 yg berlaku..pashi,suka duak jgn ckp la mmg sda di tempuhi..yg x terjangka pn berlaku.. syukurla ALLAH S.W.T memberikan aku kekuatan sepanjang perhubungan ni dan segalanya di permudahkan..amin..malah aku semakin dekat dgn dia,&He`s Family..Both Of His Family From Both Side Non-Muslim n Muslim mmg rapat sgt2 dgn aku.. :)~...
Teda Harapan lain selain menginginkan hubungan ni berkekalan until My Last Breath.. Andainya Jodoh tidak diizinkan ini la kenangan terindah yg pernah aku miliki... :')..
To Mohd Shahrul Iqfa@Chong Khin Boon..i juz want u to know how deep is my luv & do really sincere only for u..Love u Now,Tomorrow,Yesterday,n Forever..Love u so Much More Much N Very Much.... :)~..

Tuesday, January 5, 2010

Funny Pic!!



Ni la Akibat Kemelesetan Ekonomi..kesian..

Time 2 Update 2010

Lama da x Update Blog nie..teda masa bha mo update..hehhehe..bz Bfb ja kan..
pejam celik pejam celik skrg da tahun 2010..cepatnya masa berlalu..mcm2 tragedi suka,duka,pahit,manis telah dilalui sepanjang thun 2009..syukur alhamdullilah segalanya dipermudahkan olehnya yg maha Esa..`Sesungguhnya Allah.Swt tidak akan memberikan ujian atau dugaan kepada umatnya yg tidak mampu untuk menghadapinya`.. So pada tahun baru ni aku mo tutup buku lama dan buka buku baru..every year pn kita asyik ditanya pasal azam baru..so pa azam th baru ni r??hehehe..of course aku mo jadi yg lebih baik drpd yg sebelumnya..segala kesilapan pd tahun yg lepas aku mo perbetulkan dan perbaiki segala kelemahan..perlukan sokongan drpd keluarga,rakan2 dan yang tersayang.. hehehe.. so pd yg da berazam tu go on dgn azam2 anda sekalian dan anggap azam tu sbg cabaran trhdp diri sndri!!! :)~.. yezzzz...we can do it!!